MWA-1-112

Program ini dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi program Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran (EE-321-3:2012) berdasarkan Unit Kompetensi dan Aktiviti Kerja seperti di bawah.

Unit Kompetensi :-

Low-End Installation Material’s Installation and Maintenance (EE-321-3:2012-C02)

Aktiviti Kerja :-

Carry Out Pre-installation Activities (EE-321-3:2012-C02-W03)

Carry Out Cable Installation Activities (EE-321-3:2012-C02-WA5)

Kursus Structured Cabling, Wiring and Design merupakan program latihan kemahiran yang direka khas untuk memberi pendedahan mendalam tentang pemasangan dan pengujian sistem rangkaian kabel berstruktur. Dalam tempoh lima (5) hari, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang penting dalam bidang Data Center.

Kursus ini melatih peserta dalam kemahiran pendawaian berstruktur yang digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor, termasuk bangunan komersial, pusat data, dan industri pembuatan. Peserta akan mempelajari jenis-jenis kabel seperti Twisted-Pair (Cat5e, Cat6, Cat7, Cat8), Fiber Optic dan Coaxial Cable.

Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan 70% sesi praktikal, kursus ini menekankan kepada teknik pemasangan dan pengurusan kabel yang cekap, serta mengutamakan amalan keselamatan dalam setiap langkah kerja.

Hasil Pembelajaran :-

  Mempunyai kemahiran dalam pemasangan dan pengujian sistem rangkaian kabel berstruktur.

  Mampu mengurus proses pemasangan kabel menggunakan teknik yang betul dan berkesan.

  Memahami kepentingan amalan keselamatan.

  Dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi kehendak industri serta menyokong usaha Transformasi Digital negara.


Certification

  Pelatih yang telah menjalani latihan, penilaian dan lulus dengan jayanya bagi program ini akan di anugerahkan dengan Sijil Penyata Pencapaian (PC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


Entry Requirements

  Berumur 16 tahun ke atas.

  Syarat Kelayakan Minimum: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Training Topics :

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (TEORI)

PROSEDUR AWAL UNTUK BEKERJA DI TAPAK PROJEK :-

  Alatan Perlindungan Diri (PPE), Peraturan Keselamatan Ketika Bekerja Di Atas Tiang dan Keselamatan Dalam Pemasangan Kabel Berstruktur.

  Pengurusan Risiko Pekerjaan dalam Telekomunikasi.

  Peralatan Pemasangan Talian Telekomunikasi.

PEMASANGAN RANGKAIAN SISTEM KABEL BERSTRUKTUR :-

  Ciri-Ciri, Binaan Asas, Jenis-Jenis Kabel Berstruktur (Twisted Pair Copper Cable: Cat5e, Cat6, Cat6A, Cat8 dan Fiber Optic Cable: Single-mode, Multi-mode).

  Komponen Utama dalam Kabel Berstruktur.

  Sub-sistem Kabel Berstruktur.

  Senarai Peralatan semasa pemasangan.

  Pemasangan Voltan Rendah.

  Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa pemasangan.

PENDAWAIAN KABEL FIBER OPTIK :-

  Ciri-Ciri, Binaan Asas, Jenis-Jenis (Singlemode & Multimode) dan Infrastruktur Kabel Fiber Optik.

  Sistem Rangkaian Fiber to The Home (FTTH) untuk Pendawaian Dalaman dan Luaran Kabel Fiber Optik.

  Kenali Bahan, Alatan dan Kelengkapan pemasangan Kabel Fiber Optik.

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (AMALI)

LAKSANA PRA-PEMASANGAN :-

  Periksa Pematuhan Prosedur (SOP) Keselamatan.

  Periksa Bahan, Peralatan dan Kelengkapan Kerja-kerja Pemasangan.

  Isi dan lengkapkan Borang Penilaian Keselamatan Tapak.

LAKAR PENDAWAIAN KABEL BERSTRUKTUR :-

  Lakar Lukisan Skematik dan Lukisan bentangan sambungan Kabel Berstruktur (Fiber Optik dan Kabel LAN).

LAKSANA PENDAWAIAN KEBEL LAN :-

  Sedia Bahan, Peralatan dan Perkakasan Kerja.

  Pasang RJ45 dan RJ 11 Connector, Sambung LAN Cable, dan Laksana Pengujian LAN Cable.

LAKSANA PENDAWAIAN KABEL FIBER OPTIK :-

  Sedia Bahan, Peralatan dan Perkakasan Kerja.

  Pasang FASC Connector, Sambung Kabel Fiber Optik dan Laksana Pengujian Kabel Fiber Optik.

Antara contoh peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh peserta Kursus Structured Cabling, Wiring and Design adalah seperti berikut :

  • Cable Installation Technician
  • Data Center Technician.
  • Fiber Optic Technician
  • Network Project Manager
  • Cable Installation Supervisor
  • Cable Network Designer.
  • Wireless Technician.
  • Cable Splicing Technician.
  • Network Maintenance Manager.
  • IT Technical Consultant.