Certification in internal copper pair wiring, focusing on installation, testing, and maintenance skills for reliable telecommunications connectivity.
Pendawaian Dalaman Pasangan Kuprum (CA1A)
Pengenalan kepada Kabel Fiber Optik dan Keselamatan.
Menarik Kabel Fiber Optik ke dalam Sub Duct.
Menarik Kabel Fiber Optik ke atas Tiang.
Kelas persediaan ini dapat membantu para peserta menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan berkaitan pemasangan dan pengujian sistem fiber optik serta aspek keselamatan bagi kerja-kerja di Bahagian Dalaman (CA1A).
Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik (CA1A) para peserta dikehendaki lulus Peperiksaan TM yang dijalankan secara atas talian (Online) yang dikawalselia oleh pihak Telekom Malaysia (TM).
Format soalan peperiksaan adalah dalam bentuk Objektif yang merangkumi soalan teori seperti pemasangan, penyambungan dan pengujian fiber optik dan kuprum serta keselamatan di tempat kerja.
Soalan objektif tersebut mempunyai sebanyak 50 soalan dan peratus lulus adalah 70% dimana jawapan betul adalah 35 soalan.
Kelayakan Dan Pengiktirafan
Membolehkan seseorang pekerja mahir itu mendapat kelayakan dan pengiktirafan dari Telekom Malaysia (TM) bagi melakukan kerja-kerja pemasangan kabel fiber optik dan kuprum di bahagian dalaman dan luaran.
Berdaftar Kod Bidang CIDB (10 Mata CCD)
Sijil Kecekapan ini boleh digunakan sebagai sijil teknikal untuk permohonan CIDB Gred G1 PPK, SPKK & PKK/STB dan didaftarkan di bawah kod bidang CIDB kategori E07 (Sistem Telekomunikasi Dalaman).
Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan dan permintaan semakin meningkat dengan adanya teknologi High-Speed Broadband yang memerlukan naik taraf infrastruktur sistem telekomunikasi yang sedia ada.
Teori dan Praktikal
Pekerja mahir dalam mempelajari teori dan praktikal dan mendalami pengetahuan dalam bidang Fiber Optik.
Tempoh sijil sah serta contoh Sijil Kecekapan.
Sijil sah sehingga tempoh 5 tahun luput.
Contoh Sijil Kecekapan CA1A

Contoh Sijil Pencapaian CA1A
