MWA-1-111
Program ini dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi program Pemasangan & Penyelenggaraan Infrastruktur Penghantaran (EE-321-3:2012) berdasarkan Unit Kompetensi dan Aktiviti Kerja seperti di bawah
Unit Kompetensi :-
Antenna Installation and Maintenance (EE-321-3:2012-C07)
Aktiviti Kerja :-
Carry out antenna installation activities (EE-321-3:2012-C07-W02)
Kursus ini direka khusus untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta yang berminat menceburi bidang teknikal sebagai Juruteknik Radio Frekuensi (RF) dalam industri telekomunikasi. Fokus utama kursus ini adalah kepada teknik pemasangan, penyambungan, pengujian dan penyelenggaraan sistem antena serta peralatan berkaitan Radio Frekuensi.
Dalam tempoh lima (5) hari, peserta akan memperoleh kemahiran praktikal dan teori yang penting bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas berkaitan secara cekap dan profesional. Dengan pendekatan pembelajaran berasaskan 70% sesi praktikal, peserta akan diberi pendedahan menyeluruh terhadap aktiviti pemasangan sebenar termasuk pengurusan kabel RF, pembinaan struktur sokongan antena, serta penggunaan peralatan pengujian mengikut piawaian industri dan amalan terbaik.
Kursus ini turut menekankan aspek keselamatan pekerjaan secara menyeluruh, memastikan setiap langkah kerja dijalankan dengan penuh disiplin dan pematuhan kepada prosedur keselamatan yang ditetapkan. Pendekatan ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja cekap secara teknikal, tetapi juga bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan persekitaran kerja.
Peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan memiliki kemahiran asas yang kukuh untuk menjalankan tugas-tugas pemasangan dan penyelenggaraan antena secara profesional dalam sektor telekomunikasi.
Hasil Pembelajaran :-
Menjelaskan asas sistem komunikasi mudah alih dan fungsi komponen utama peralatan Radio Frekuensi (RF) termasuk jenis antena untuk GSM, UMTS, LTE dan 5G.
Melaksanakan pemasangan, penyambungan dan penyelenggaraan antena serta pengurusan kabel RF dengan cekap mengikut spesifikasi teknikal dan piawaian industri.
Menggunakan peralatan pengujian RF untuk menjalankan pemeriksaan sambungan, penjajaran antena, dan pengesanan masalah teknikal secara praktikal.
Mengamalkan prosedur keselamatan kerja di tapak pemasangan mengikut garis panduan keselamatan industri dan keperluan perundangan.
Certification
Pelatih yang telah menjalani latihan, penilaian dan lulus dengan jayanya bagi program ini akan di anugerahkan dengan Sijil Penyata Pencapaian (PC) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Entry Requirements
Berumur 16 tahun ke atas.
Syarat Kelayakan Minimum: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
Training Topics :
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (TEORI DAN AMALI)
TOPIK 1: PENGENALAN & ASAS TELEKOMUNIKASI RF
Teori :
Pengenalan kepada sistem komunikasi mudah alih (GSM, UMTS, LTE, 5G).
Struktur asas rangkaian mudah alih dan fungsinya.
Komponen utama sistem RF (BTS, antenna, feeder cable, connector)
Amali :
Mengenalpasti peralatan dan bahan dalam pemasangan RF.
Demonstrasi asas sambungan kabel dan pengendalian komponen.
TOPIK 2: JENIS ANTENA & PERALATAN TELEKOMUNIKASI
Teori :
Jenis-jenis antena mengikut teknologi (omni, panel, parabolic, Single-band, Dual-band, Tri-Band, Quad-band, Penta-band).
Komponen peralatan komunikasi (BTS Rectifier, BTS Mobile Radio, Remote Radio Unit (RRU), Tower Mounted Amplifier (TMA) dan RF Components).
Spesifikasi teknikal dan aplikasi antena dalam rangkaian.
Pengenalan kepada peralatan pengujian RF.
Amali :
Pemeriksaan dan pengujian antena menggunakan alat pengukur (Spectrum Analyzer, VSWR meter, Site Master).
Latihan asas penjajaran antena secara manual.
TOPIK 3: SISTEM BEKALAN KUASA & PENGURUSAN KABEL
Teori :
Asas sistem bekalan kuasa di tapak telekomunikasi.
Jenis kabel (coaxial, earthing cable) dan kaedah penyambungan.
Prinsip grounding dan lightning protection.
Amali :
Latihan pemasangan kabel RF, tagging dan kemasan
Penyambungan kabel ke antena dan peralatan dengan betul
TOPIK 4: TEKNIK PEMASANGAN ANTENA & STRUKTUR SOKONGAN
Teori :
Prosedur pemasangan antena dan struktur pemegang (pole, bracket).
Dokumentasi teknikal dan lukisan pemasangan.
Amali :
Pemasangan antena pada struktur sebenar (mock-up tower atau pole).
Penalaan dan pengujian isyarat selepas pemasangan.
TOPIK 5: PENYELENGGARAAN, PENGUJIAN & KESELAMATAN
Teori :
Prosedur penyelenggaraan berkala dan pemantauan prestasi.
Standard keselamatan kerja tapak (working at height, PPE, permit to work).
Amali :
Penyelenggaraan antena dan simulasi penyelesaian masalah.
Latihan penggunaan peralatan keselamatan dan penyediaan laporan kerja.
Antara contoh peluang kerjaya yang boleh diceburi oleh peserta Kursus Structured Cabling, Wiring and Design adalah seperti berikut :